KELANTAN GOLD TRADE

Sunday, October 18, 2009

Penternakan Rusa 3: Produk Berasaskan Rusa


Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :-


DAGING :

Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga mempunyai pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong tempatan mahupun luar negara.

KULIT :

Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain produk.

ANTHER/VELVET (TANDUK) :

Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken). Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi dinding kediaman.

TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES :

Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.

GIGI :

Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.

LIGAMEN & TENDON :

Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti di negara jiran, terutama Thailand.

EKOR :

Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar negara seperti Hong Kong.


Daging rusa mempunyai harga yngg baik dipasaran RM15-20 sekilo..Berat seekor rusa jantan boleh mencapai 60-70kilo seekor..

Untuk mendapatkan daging rusa (kena beli seekor, tidak menjual daging sahaja)

No comments:

Related Posts with Thumbnails