KELANTAN GOLD TRADE

Sunday, October 18, 2009

Penternakan Rusa 6: Habitat


Antara tabiat biasa dan habitat rusa adalah seperti berikut :-
  1. Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ;
  2. Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran. Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ;
  3. Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ;
  4. Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ;
  5. Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ;
  6. Perhubungan antara manusia (penternak) dan rusa perlu dipupuk seperti menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails