KELANTAN GOLD TRADE

Sunday, October 18, 2009

Penternakan Rusa 7: Pembiakan


Rusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri.

Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan.

Bagi mengetahui sama ada baka rusa betina bunting atau sebaliknya, kaedah pemerhatian melalui rectal palpation dan menimbang berat badan rusa adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan.


No comments:

Related Posts with Thumbnails